Hampir 5 bulan aku meninggalkan blog ini..dengan kesibukan harian yang tidak pernah kurang dan semakin bertambah, aku paksakan juga untuk membuka blog kesayangan ku ini..aku bersyukur selepas eidulfitri yang lalu kami dikurniakan berita gembira iaitu kami bakal dihadiri dengan kehadiran cahaya mata yang baru..bakal dilahirkan pada Mei 2012. Nampaknya Alfateh Azuar akan menjadi abang ketika berumurĀ 3 tahun nnti. keadaan bonda semakin pulih daripada alahan yang agak awal terjadi seawal 4 minggu lebih. hairan bin ajaib. tp itu semua kejadian yang Allah yang tentukan untuk setiap bayi yang dikandung oleh seorang ibu.
kesabaran amat diperlukan ketika mana kita mula melangkah ke arah satu lagi perubahan hidup iaitu misi pertambahan ahli keluarga. Alfateh dah semakin cerdik dan pandai bawa diri apabila dia melihat keadaan bonda yang suka berbaring selepas balik kerja. hanya bangun untuk solat, buatkan susu, tukarkan lampin pakai buang. sesekali bonda akan berlari ke sinki untuk memuntahkan sesuatu. pastinya alfateh akan terdiam apabila melihat keadaan itu.
sambil menguruskan diri yang semakin kepenatan yang tidak tentu hala, alfateh terus diberi perhatian sewajarnya agar dia tidak terasa terasing atau terabai. tambahan pula alfateh sudah pandai meminta perhatian daripada baba dan bonda apabila ada luang masa bersama.
si aysar, memang budak yang soleh.memahami bonda yang semakin kepenatan bekerja seharian. doa sentiasa berdoa agar aysar sihat dalam kandungan walaupun bonda sedikit terkesan dengan perkembangan sihatnya. itu semua nikmat yang bakal bonda kenang pada masa mendatang. semua perkara pahit yang perlu dilalui sekarang akan terasa manis pada masa depan.