Feeds:
Posts
Comments

rezeki lagi..

Hampir 5 bulan aku meninggalkan blog ini..dengan kesibukan harian yang tidak pernah kurang dan semakin bertambah, aku paksakan juga untuk membuka blog kesayangan ku ini..aku bersyukur selepas eidulfitri yang lalu kami dikurniakan berita gembira iaitu kami bakal dihadiri dengan kehadiran cahaya mata yang baru..bakal dilahirkan pada Mei 2012. Nampaknya Alfateh Azuar akan menjadi abang ketika berumur  3 tahun nnti. keadaan bonda semakin pulih daripada alahan yang agak awal terjadi seawal 4 minggu lebih. hairan bin ajaib. tp itu semua kejadian yang Allah yang tentukan untuk setiap bayi yang dikandung oleh seorang ibu.

kesabaran amat diperlukan ketika mana kita mula melangkah ke arah satu lagi perubahan hidup iaitu misi pertambahan ahli keluarga. Alfateh dah semakin cerdik dan pandai bawa diri apabila dia melihat keadaan bonda yang suka berbaring selepas balik kerja. hanya bangun untuk solat, buatkan susu, tukarkan lampin pakai buang. sesekali bonda akan berlari ke sinki untuk memuntahkan sesuatu. pastinya alfateh akan terdiam apabila melihat keadaan itu.

sambil menguruskan diri yang semakin kepenatan yang tidak tentu hala, alfateh terus diberi perhatian sewajarnya agar dia tidak terasa terasing atau terabai. tambahan pula alfateh sudah pandai meminta perhatian daripada baba dan bonda apabila ada luang masa bersama.

si aysar, memang budak yang soleh.memahami bonda yang semakin kepenatan bekerja seharian. doa sentiasa berdoa agar aysar sihat dalam kandungan walaupun bonda sedikit terkesan dengan perkembangan sihatnya. itu semua nikmat yang bakal bonda kenang pada masa mendatang. semua perkara pahit yang perlu dilalui sekarang akan terasa manis pada masa depan.

Seawal jam 8.30 pagi, aku bergerak ke KLIA untuk memulakan musafir seorang hamba yang berjalan melihat muka bumi Allah dari pandangan dan jarak yang berbeza..AllahuAkbar3..aku melangkah penuh semangat dan seluruh jiwaku ku serahkan kepada Mu ya Allah agar perjalanan dan buat pertama kali menaiki pesawat Boeing 747 ke Kota Mutiara seorang diri …

Sepanjang perjalanan kekasih hati ku sentiasa memberi semangat dan panduan perjalanan bagi seorang muslimah yang berseorangan..”Pergilah sayang, jangan bimbang..Allah akan sentiasa bantu hambaNya yang bermusafir”..kata-kata keramat itu ku simpul rapi dan ku genggam buat azimat si musafir..

Pembatalan penerbangan membuatkan aku sedikit tergamam. akhirnya aku dimaklumkan jadual penerbangan ditunda kepada 3.15 petang..dari pintu masuk A10 (paling hujung) ditukar kepada pintu B6..perjalanan pertukaran pintu A10 ke B6 adalah memakan masa 10 minit perjalanan kaki..kaki mula terasa sakit dan bengkak. badan mula mengeluarkan peluh2 manja dalam keadaan aircond yang  sedikit dingin..

sebelum dibenarkan masuk ke pintu masuk, aku sekali lagi menunggu selama selama sejam sebelum dibenarkan masuk untuk penerbangan. kedengaran tangisan bayi cina yang aku anggarkan umurnya baru 3 bulan menyebabkan hatiku tersentuh dan bimbang keadaan bayi yang tidak putus-putus menangis kerana tidak selesa dengan keadaan sekelilingnya..sekaligus aku terkenang baby boy yg aku tinggalkan seorang diri di Batu Pahat bersama pengasuhnya..semasa aku meninggalkannya awal pagi tadi, baby boy ku seolah-olah memahami yang bondanya akan meninggalkannya untuk beberapa hari..senyap membisu ketika aku memesan kepadanya..seperti biasa aku pasti memberi pesanan kepada anakku agar sentiasa mendengar kata, bersopan, berkelakuan baik dan sebagainya apabila tinggal di rumah pengasuh..tangan kecilnya melambai-lambai lemah ketika aku memberi senyuman dan lambaian perpisahan kepadanya..alhamdulillah anakku sudah semakin besar dan memahami keadaan bonda yang perlu bekerja jauh di seberang laut cina selatan..

setiap hari bekerja kita semakin leka dan fokus sehingga kita agak obses apabila berhadapan dengan masalah yang timbul. semangat yang ada sekali sekala diuji oleh Allah dengan badai yang bergelora. aku jelas dengan cubaan itu. aku semakin leka dan lalai pada tanggungjawabku kepada Allah yang semakin pudar. setiap hari aku berhadapan dengan manusia pelbagai ragam yang menyebabkan kadangkala agak melemahkan semangatku..

terima kasih guru

Saban tahun hari guru diraikan, disambut dan disanjung oleh para pelajar yang tidak jemu-jemu menuntut ilmu mencambah minda. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi pelajar yang dicintainya..terus menerus menabur bakti mencurah ilmu mendukung impian anak-anak muda..bukan semua insan berhati mulia sanggup menggalas amanah yang suci itu, bukan semua manusia berjiwa kental mengharung dunia pendidikan yang semakin mencabar kesabaran nurani seorang guru..

Seawal pagi guru melangkah maju untuk bertemu anak didik yang menagih ilmu. sambil menggenggam kemas buku, menggorak langkah menuju ke bilik-bilik kecil yang ramai penunggunya. Marahnya bukan benci, jeritnya bukan kecewa, pandangnya bukan ugutan…tetapi marahnya adalah kasih sayang, jeritnya adalah peringatan jelingannya adalah amaran untuk pemuda harapan bangsa..

terima kasih guru, kerana tanpamu siapalah insan-insan  hebat di luar sana..kesabaran dan kegigihan mendidik anak bangsa tidak pernah dilupakan bahkan menjadi pegangan sampai bila-bila…

anak muridmu guru..

keletah anak lelaki saya

alhamdulillah tangan fateh tidak patah dan tidak retak..hanya terseliuh akibat jatuh terhentak ketika bermain..setelah diurut malam tadi, tangan fateh dibalut supaya mengurangkan kesakitan dan mengurangkan pergerakan tangan..
itulah kisah si comel fateh yang memang lasak sekali…

setelah umur alfateh melebihi setahun, pelbagai ragam yang perlu seorang ibu yang bekerja ini memahami apa yang diingini dan perhatian yang diperlukan..

Kehadiran kekasih para abid kembali lagi Insyaallah..Kesungguhan dalam melangkah bulan barakah disambut segar oleh manusia yang rindukan ibadah. setiap detik setiap saat jika melakukan sesuatu kebaikan akan mendapat nikmat pahala yang melimpah ruah. peluang ini bukan sahaja memberi nikmat si pencari pahala tetapi juga si pencari rezeki di bazar-bazar yang menyediakan santapan jasmani untuk si pencari pahala. saling memerlukan dan saling berkaitan.

kerjaya.  itulah yang selalu diimpikan oleh seorang insan yang ingin memajukan diri. tetapi itu sebelum aku menjadi seorang ibu. kini kerjaya aku rasakan umpama beban yang tersadung di kaki yang perlu aku harungi saban hari. kaki yang melangkah seakan berat untuk dihayun kerana hati sarat dengan cinta yang ditinggalkan seharian di rumah orang…

sedih apabila mendapat berita perkembangan anak daripada orang lain bukan dari pandangan mata sendiri..

sampai ditempat kerja aku dipanggil untuk ‘mengadap’ ke bilik bos. tugas yag dipikul amat memberatkan fikiran yang semakin menyerabutkan. bukan satu rumah, tetapi 2 ‘rumah’ yang perlu aku tadbir dalam satu masa. semua menjadi amanah besar padaku..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.